Sunday 22 December 2013

seuntai kata seribu rasa

Assalamualaikum 
permata jiwa, pengubat duka, pencetus ceria

Apakah benar cinta itu buta sehinggakan
yang celik juga sesat dalam mencari makna sebuah cinta..
mengapakah dicari cinta yang tak pernah jelas lagi?
sedangkan cinta Illahi senantiasa menunggu pasti

bukankah Allah telah menetapkan
jodoh pertemuan hidup dan mati..
kenapakah runsing tiada bertepi
bagaikan esok sudah tidak bernyawa lagi

bersabarkan separuh daripada iman
Anugerah Allah yang tiada ganti
menguji keimanan hati dan sanubari
apakah bersyukur @ lupa pemberian Illahi

titik dan noda senantiasa ada
kerana lumrah kejadian manusia
tidak akan pernah lari dari melakukan dosa
tetapi Allah kan maha perkasa
maha mengetahui segala-gala
jangan dilupa padaNya yang Esa
bersihkanlah hati sucikanlah jiwa
ayuh kembalilah kita kepadaNya
kerana Dia maha menerima

Islam agama yang sangat mudah
bukan bererti harus meremehkan
mudahkan ia dalam amalan
rukhsah solat bukti terpampang
keringanan solat diwaktu perjalanan

indahnya Islam agama yang mulia
nasihat menasihati tunjang utama
perbetulkan yang salah ikutkan yang benar
In Shaa Allah selamat kita di dunia
pandulah aku Ya Allah kejalan yang benar
Syurga idaman menjadi pilihan
permudahkan segalanya Ya Allah
hanya padaMu segala doa dan harapan

indahnya bercinta dan dicintai
Cintakan Allah ya Illahi Rabbi
Ya Allah,Cintai aku kerana aku mencintaiMu





No comments: